Zaman prasejarah ialah zaman sebelum manusia mengenali tulisan. Zaman prasejarah membolehkan kita mengetahui sejarah dan kebudayaan manusia.
4 Tahap zaman prasejarah π Zaman Paleolitik
π Zaman Mesolitik
πZaman Neolitik
πZaman Logam
π BAGAIMANA KITA DAPAT MENGETAHUI DAN MENEMUI ZAMAN PRASEJARAH?
Melalui kajian arkeologi dan ahli sejarah serta penemuan bukti dan artifak
πGARIS MASA ZAMAN PRASEJARAH
Zaman Paleolitik ( 200 000 SM)
( Kapak genggam zaman Paleolitik)
Zaman Mesolitik (14000 SM)
(Kapak batu zaman Mesolitik)
Zaman Neolitik (300 SM)
(Tembikar zaman Neolitik)
Zaman Logam (700 SM)
(Tulang mawas dan Kapak bersoket)
π LOKASI ZAMAN PRASEJARAH
π klik video ini untuk melihat tinggalan prasejarah di negara Malaysia ⏭️π
ANTARA TINGGALAN PRASEJARAH DI MALAYSIA
πKEHIDUPAN MANUSIA ZAMAN PRASEJARAH
Zaman Paleolitik
( Gambaran manusia zaman Paleolitik)
Manusia zaman paleolitik hidup secara nomad iaitu berpindah
randah dan berada dalam kelompok kecil. Mereka tinggal di dalam gua dan kehidupan
mereka adalah memburu dan mengutip hasil hutan. Senjata dan alatan yang
digunakan oleh mereka adalah alatan batu yang asas. Mereka ini wujud di
Malaysia iaitu di negeri Perak, Sabah dan Sarawak.
Zaman Mesolitik
(Gambaran manusia zaman Mesolitik)
Manusia zaman Mesolitik hidup secara nomad dan berada dalam
kelompok kecil. Mereka tinggal di dalam gua, persisir pantai atau muara sungai untuk
mendapatkan bekalan air dan melakukan aktiviti menangkap ikan. Manusia zaman
ini mempunyai senjata yang lebih baik dan buatannya adalah lebih halus. Mereka
juga pandai membuat panah dan anak panah.
Zaman Neolitik
( Gambaran manusia zaman Neolitik)
Manusia zaman Neolitik membina penempatan di lembah sungai
dan persisir pantai. Mereka pandai membuat pondok untuk berteduh dan tinggal di
kawasan yang lapang. Masyarakat ini mempunyai ketua dan tugas ahli kumpulan. Aktiviti
yang dilakukan oleh mereka memburu binatang, mengutip hasil hutan dan bercucuk
tanam. Selain itu, mereka pantai melakukan sistem barter dan pandai membuat
tembikar seperti periuk daripada tanah liat. Masyarakat zaman ini ada di Gua
Cha Kelantan
Zaman Logam
( Gambaran manusia zaman Logam)
Zaman ini dikenali sebagai zaman logam kerana mereka sudah
pandai mencipta alatan dari logam iaitu besi dan gangsa. Sebagai contoh mencipta
kapak dan mata lembing daripada besi. Mereka mengamalkan adat resam dengan
menanam mayat dengan kepingan batu. Selain itu, budaya masyarakat ini ialah
menjadi manik sebagai perhiasan. Masyarakat
logam mempunyai ketua sebagai pemimpin. Mereka pandai membina rumah yang lebih
kukuh dan baik berbanding zaman sebelum ini dan pandai menjinakkan binatang. Masyarakat
zaman ini dijumpai di Sg. Tembeling, Pahang, Lembah Bernam, Selangor dan Gua
Harimau, Perak.
UJI MINDA
Jawab kuiz tentang prasejarah menggunakan link di bawah π